PROGRAM TRANSFORMASI MUSLIM ( REMAJA)

ANJURAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA PILAH

image001

image003

image002

PROGRAM TRANSFORMASI JATI DIRI MUSLIM ( REMAJA ) 2017, 27-29 November 2017

 

KUALA PILAH, 29 November 2017 – Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Juasseh Agro Park, Rembang Panas telah mengadakan Program Transformasi Jati Diri Muslim ( Remaja ) Peringkat Daerah Kuala Pilah bagi tahun 2017 yang telah di urusetiakan oleh Unit Dakwah PAID Kuala Pilah.

Program tersebut telah berlangsung selama 3 Hari 2 Malam dan diadakan di Agro Park, Juasseh, Rembang Panas, Negeri Sembilan. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Encik Mohd Azril Bin Mat Soom. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah, Encik Mohd Raizalani Bin Mohd Rais, Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah & wakil-wakil guru daripada 3 Buah Sekolah yang mengambil bahagia iaitu Sekolah Menengah Rendah Agama Johol, Sekolah Menengah Rendah Agama Ulu Jempol & Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah.

Pada program tersebut, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkumpulan termasuklah aktiviti “outdoor” yang telah di kendalikan oleh jurulatih bertauliah terdiri daripada bekas-bekas tentera yang berkhidmat di Juasseh Agro Park. Objektif program ini adalah bagi melahirkan jati diri remaja muslim yang mantap dan teguh dalam menghadapi cabaran dan gejala sosial yang semakin membimbangkan serta mendidik jiwa agar terus meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t


SUMBER : Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah

Disediakan Oleh:

Unit Dakwah PAID Kuala Pilah