KURSUS ASAS SEMBELIHAN SIRI 2/2017

SEREMBAN,  25 Oktober – Bertempat di Masjid Negeri, Seremban telah berlangsung Kursus Asas Sembelihan Bagi Tujuan Pentauliahan Siri 2/2017. Kursus asas kali ini menyaksikan kehadiran seramai 25 orang peserta yang rata-ratanya merupakan pemohon yang bertugas sepanjang masa di rumah sembelihan. Kursus asas ini merupakan salah satu kriteria dalam syarat kelulusan permohonan tauliah sembelihan. Para peserta didedahkan dengan konsep sembelihan menurut hukum syarak, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, teknik sembelihan dan asas Good Hygiene Practises (GHP) dan pelaksanaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011 ). Kursus sehari ini turut melibatkan aktiviti amali ataupun praktikal sembelihan.

Barisan penceramah dan peserta bergambar bersama sijil penyertaan masing-masing

 

Para peserta fokus dan khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan oleh para pembentang

 

Praktikal sembelihan ayam yang dikendalikan oleh kakitangan daripada Bahagian Pengurusan Halal

 

Pembentangan berkenaan Prosedur Pensijilan Halal Rumah Sembelih oleh En.Osman Affan Bin Tamrin, Pen.Peg.Teknologi Makanan JHEAINS Pengurusan Halal kepada En.Wan Hamzah Bin Wan Badaruddin.

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Halal