KURSUS KESEDARAN HALAL INDUSTRI 2017

PAROI,  26 Oktober – Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS telah menganjurkan Kursus Kesedaran Halal Industri 2017, bertempat di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Seramai 245 orang peserta yang keseluruhan besarnya merupakan Eksekutif Halal mahupun pekerja di syarikat-syarikat yang telah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah hadir bagi mendapatkan maklumat terbaru berkenaan Pensijilan Halal Malaysia. Penganjuran kursus ini antara lain adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada wakil syarikat mendapatkan input terbaru berkaitan halal dan berkongsi pengalaman dengan syarikat-syarikat lain. Para peserta turut didedahkan dengan aspek keselamatan makanan dan kawalan makhluk perosak oleh wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Para peserta tekun mendengar pembentangan oleh Ustazah Asma’ Binti Harun

 

Sesi pembentangan oleh En.Wan Hamzah Bin Wan Badaruddin, wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

 

Penyampaian cenderahati oleh En.Yang Zulhilmi, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal kepada En.Wan Hamzah Bin Wan Badaruddin.

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Halal