“ELEMEN SIHIR DALAM KONFLIK RUMAHTANGGA”

ANJURAN

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM JHEAINS DENGAN KERJASAMA PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH TAMPIN

ELEMEN SIHIR DALAM KONFLIK RUMAHTANGGA, 8 Mac 2018
ELEMEN SIHIR DALAM KONFLIK RUMAHTANGGA, 8 Mac 2018
ELEMEN SIHIR DALAM KONFLIK RUMAHTANGGA, 8 Mac 2018
ELEMEN SIHIR DALAM KONFLIK RUMAHTANGGA, 8 Mac 2018
ELEMEN SIHIR DALAM KONFLIK RUMAHTANGGA, 8 Mac 2018
ELEMEN SIHIR DALAM KONFLIK RUMAHTANGGA, 8 Mac 2018
ELEMEN SIHIR DALAM KONFLIK RUMAHTANGGA, 8 Mac 2018

 

 

 

SEREMBAN, 8 Mac 2018 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-undang Keluarga Islam telah menganjurkan Seminar Keluarga Sakinah “Elemen sihir dalam konflik rumahtangga” dengan jayanya di Dewan Pejabat Agama Islam Daerah Tampin pada 8 Mac 2018 bersamaan 20 Jamadilakhir 1439. 

Seminar ini telah dihadiri seramai 250 orang peserta dan dikendalikan sepenuhnya oleh YBhg. Dr Mohammad Hussaini bin Razali yang merupakan tonggak utama Pusat Ruqyah Hijrah.  Ini merupakan salah satu usaha mewujudkan jaringan dengan Pusat Rawatan Islam yang bernaung di bawah Persatuan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) untuk membantu dalam merujukkan kes-kes rumahtangga yang cenderung terlibat dengan elemen sihir dan jin.

Seminar ini merupakan rentetan dari Konvensyen Keluarga Islam “Elemen Sihir Dalam Konflik Rumahtangga Dan Perceraian” yang telah diadakan di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan pada 20 September 2017.  Antara hasil resolusi konvensyen tersebut ialah memperkasakan usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap elemen-elemen sihir dan gangguan jin yang menyumbang kepada konflik rumahtangga.  Inilah antara usaha-usaha yang dijalankan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat di daerah Tampin khususnya.

Seminar ini telah berjaya mencapai objektif berikut :

1    Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan elemen sihir selepas dalam rumahtangga.

2    Memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan alam makhluk halus serta memberi pengetahuan dan persediaan untuk menghindarkan serta menangkis gangguan sebegini.

3    Mengukuhkan institusi kekeluargaan susulan dari pengukuhan jatidiri pemimpin keluarga selaras dengan usaha kerajaan menangani pelbagai isu yang berkaitan kemelut institusi kekeluargaan khususnya kes perceraian.

Seminar ini dirasmikan oleh  Al-Fadhil Ustaz Muhyidin bin Aziz @ Saari, Pegawai Agama Islam Daerah Tampin.  Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berharap agar semua masyarakat persiapkan diri kita dengan benteng pertahanan iaitu iman dalam usaha mengelakkan perkara ini.  Beliau juga amat menggalakkan semua pasangan suami isteri, sekiranya konflik berlaku sehingga membawa kepada proses perceraian, eloklah sekiranya dapat berusaha atau berikhtiar dari aspek perubatan Islam yang berdaftar bagi mengenal pasti tiada elemen sihir yang menyebabkan berlakunya konflik tersebut.

 

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-undang Keluarga Islam

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan