PROGRAM JALINAN KASIH RAMADHAN PUSAT KHIDMAT KELUARGA,
SOSIAL DAN KOMUNITI (PKKSK) BERSAMA
PUSAT JAGAAN RUMAH IBUKU SAYANG AR RAYYAN, PANCHOR JAYA

Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ ar-Rayyan
Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ ar-Rayyan
Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ ar-Rayyan
Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ ar-Rayyan
Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ ar-Rayyan
Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ ar-Rayyan
Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ ar-Rayyan

 

Ramadhan bulan yang mulia
Bulan umat Islam berpuasa
Setiap amalan berganda pahala
Mendapat keberkatan dari Allah yang Esa

SEREMBAN, 22 Mei 2018 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam telah mengadakan Program Jalinan Kasih Ramadhan di Pusat Jagaan Rumah Ibuku Sayang Ar Rayyan, Panchor Jaya pada 22 Mei 2018. Program ini merupakan usaha JHEAINS menyantuni warga emas dalam komuniti. Program ini bertujuan untuk melahirkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan di samping memberi sokongan moral kepada warga penghuni di pusat jagaan ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama warga emas yang berada di pusat tersebut yang dikendalikan sepenuhnya oleh Ustazah Asma binti Harun. Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti beramah mesra, ceramah serta praktikal wudhu’ dan solat. Aktiviti-aktiviti dijalankan secara santai untuk warga tua bagi menggembirakan hati mereka dan ia mendapat respon yang baik dari mereka.

JHEAINS berharap agar program ini dapat memberikan kesedaran dan impak yang besar kepada masyarakat sekeliling tentang pentingnya menzahirkan keprihatinan kepada warga emas dengan menjaga mereka dengan baik meliputi penjagaan fizikal, mental dan kerohanian.

 

 

Disediakan oleh :
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
JHEAINS