PROGRAM JALINAN KASIH RAMADHAN PUSAT KHIDMAT KELUARGA,
SOSIAL DAN KOMUNITI (PKKSK) BERSAMA PERTUBUHAN ANAK YATIM AL-KHAIR 

Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ al-Khair
Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ al-Khair
Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ al-Khair
Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ al-Khair
Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ al-Khair
Jalinan Kasih Ramadhan PKKSK @ al-Khair

 

SEREMBAN, 25 Mei 2018 - Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam telah mengadakan pelbagai program advokasi bersama rumah-rumah jagaan dan pertubuhan kebajikan dalam usaha untuk memperkenalkan perkhidmatan seterusnya memasyarakat perkhidmatan yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan.

Program Jalinan Kasih Ramadhan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) bersama Pertubuhan Anak Yatim Al-Khair, Taman England, Jalan Sikamat telah diadakan pada 25 Mei 2018. Program ini dijalankan bertujuan untuk merealisasikan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik. Ini juga menjadikan masyarakat lebih sensitif dan prihatin terhadap insan di luar sana serta dapat mengeratkan silaturrahim.

Program pada kali ini telah dikendalikan oleh Puan Norliza binti Abdul Razak dari Institut Perguruan Raja Melewar. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan positif seperti amanah, tolong-menolong dan menghormati antara satu sama lain. Selain itu juga aktiviti dijalankan untuk memupuk kreativiti dan keberanian dalam diri anak-anak.

Program diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan makanan yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta bantuan yang lain. Adalah menjadi harapan agar program seumpama ini dapat melahirkan rasa kasih sayang sesama Islam supaya golongan anak –anak yatim tidak merasa terpinggir dalam kalangan masyarakat luar.

 

 

Disediakan oleh :
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
JHEAINS