PROGRAM DAPUR SIHAT RAMADHAN

Program Dapur Sihat Ramadhan
Program Dapur Sihat Ramadhan
Program Dapur Sihat Ramadhan
Program Dapur Sihat Ramadhan
Program Dapur Sihat Ramadhan

 

SENDAYAN, 26 Mei 2018 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam telah mengadakan Program Dapur Sihat Ramadhan bertempat di Surau Annur Sendayan. Program ini merupakan salah satu usaha untuk memperkenalkan One Stop Center Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) kepada masyarakat awam.

Program tersebut dimulakan dengan ceramah kesihatan bertajuk “Ramadhan : Sains dan Kesihatan” yang telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Fadilah binti Ashari dari Klinik Iman Paroi Jaya. Beliau telah memberi penekanan berkaitan pemakanan sepanjang ramadhan dan kaitannya dengan penjagaan perut.

Program diteruskan dengan demo masakan sihat yang telah dikendalikan oleh Puan Normiza binti Tajuddin dari Fina’s Homemade yang menyediakan makanan sihat sesuai di bulan ramadhan. Aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan objektif program ini iaitu :

a) Menawarkan perkhidmatan untuk membantu masyarakat setempat dalam pelbagai bidang dan program.

b) Memberi pendedahan kepada peserta berkaitan masakan sihat untuk seisi keluarga dan kepentingan produk halal.

c) Merakyatkan perkhidmatan dan aktiviti pembangunan keluarga Islam.

d) Inisiatif dan inovasi yang dilakukan oleh JHEAINS bertujuan untuk membantu masyarakat di luar sana yang ingin mendapatkan perkhidmatan di PKKSK dengan lebih mudah dan berkesan.

Perlaksanaan program ini merupakan aktiviti turun padang dan dapat mendekatkan lagi serta mengeratkan silaturrahim antara masyarakat dengan JHEAINS.

 

 

Disediakan oleh :
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
JHEAINS