PROGRAM JALINAN KASIH RAMADHAN PUSAT KHIDMAT KELUARGA,
SOSIAL DAN KOMUNITI (PKKSK) BERSAMA PERTUBUHAN KEBAJIKAN
ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN DARUL KHUSUS (PEYAKIN)

Jalinan Kasih Ramadhan @ PEYAKIN
Jalinan Kasih Ramadhan @ PEYAKIN
Jalinan Kasih Ramadhan @ PEYAKIN
Jalinan Kasih Ramadhan @ PEYAKIN
Jalinan Kasih Ramadhan @ PEYAKIN
Jalinan Kasih Ramadhan @ PEYAKIN

 

Rembau, 29 Mei 2018 - Program Jalinan Kasih Ramadhan bagi siri ke 3 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam telah diadakan di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Darul Khusus (PEYAKIN) pada 29 Mei 2018 (Selasa). Program sebegini merupakan salah satu khidmat masyarakat dalam menyantuni insan-insan yang memerlukan.

Program pada kali ini telah dikendalikan oleh Ustazah Asma binti Harun. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memupuk semangat positif anak-anak ini. Setiap aktiviti mendapat penyertaan yang memberangsangkan. Rata-rata anak-anak di sini gembira dan memberi komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan.

Program sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara JHEAINS dengan anak-anak di pertubuhan ini dan supaya mereka di sini tidak merasa terasing atau jauh dengan masyarakat. Melalui program ini juga disalurkan sumbangan duit raya dan barang keperluan harian.

Di akhir program penyampaian sumbangan makanan yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta bantuan yang lain telah disampaikan kepada pertubuhan ini. Pengasas rumah ini, Encik Omar bin Hj Abu Bakar berharap agar usaha murni yang dijalankan oleh JHEAINS ini berterusan pada masa akan datang.

 

 

Disediakan oleh :
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
JHEAINS