Pasca Perkahwinan Siri 2/2018
Pasca Perkahwinan Siri 2/2018
Pasca Perkahwinan Siri 2/2018
Pasca Perkahwinan Siri 2/2018
Pasca Perkahwinan Siri 2/2018
Pasca Perkahwinan Siri 2/2018
Pasca Perkahwinan Siri 2/2018

 

PORT DICKSON, 20 Julai 2018 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam telah mengadakan Bengkel Suami Isteri Modul Pasca Perkahwinan “Sehati Sejiwa” di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson pada 20 hingga 22 Julai 2018.  Program kali ini khusus bagi pasangan suami isteri yang usia perkahwinan 6 hingga 10 tahun ke atas.  Program ini merupakan penganjuran kali ke 7 diadakan yang bermula 2015.

Program ini telah berjaya mencapai objektif berikut :

  • Memberi ilmu dan maklumat fokus kepada kedudukan, batasan, peranan serta tanggungjawab sebenar suami isteri selaku ketua keluarga menurut Islam.
  • Mengukuhkan institusi kekeluargaan susulan dari pengukuhan jatidiri pemimpin keluarga selaras dengan usaha kerajaan menangani pelbagai isu yang berkaitan kemelut institusi kekeluargaan khususnya kes penceraian.

3   Langkah ke arah merealisasikan masyarakat yang harmoni berasaskan dari sebuah keluarga yang menjadikan fitrah Islam itu sebagai cara hidup.

Program ini telah disertai oleh 19 pasangan yang usia perkahwinan 6 hingga 10 tahun ke atas.  Pada siri ini juga, peserta turut menjalani ujian psikologi Dyadic Adjustment Scale (DAS) untuk mengukur tahap kepuasan dalam perkahwinan.

Penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Razidah binti Adam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian undang-undang Keluarga Islam.  Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAINS melihat program ini sebagai satu keperluan ke arah merealisasi matlamat Jabatan dan kerajaan negeri iaitu mengurangkan kadar penceraian disamping melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dengan nilai-nilai agama yang telah ditetapkan. 

 

 

Disediakan Oleh :

 

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan