HALAL UPDATE SIRI 6/2018

Halal Update Siri 6, 29 November 2018
Halal Update Siri 6, 29 November 2018
Halal Update Siri 6, 29 November 2018
Halal Update Siri 6, 29 November 2018

 

PORT DICKSON, 29 November 2018 – Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS telah berjaya melaksanakan Halal Update Siri 6/2018 pada 27 hingga 29 November 2018. Bengkel ini telah dijalankan di Bilik Sri Andika I, The Grand Beach Resort, Port Dickson dengan turut dihadiri oleh panel Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Halal Malaysia Peringkat Negeri Sembilan.  Penganjuran Halal Update Siri 6/2018 lebih menumpukan aspek bahan ramuan kritikal dan isu-isu yang melibatkan pelabelan makanan. Bengkel ini juga secara tidak langsung memberikan input baru dan perkongsian pengalaman antara pihak Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS bersama Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan. Penerangan dan taklimat berkenaan bahan ramuan dalam makanan serta kosmetik telah disampaikan oleh Puan Shamsiah Binti Aziz, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan. Bengkel kali ini juga menyentuh aspek pelabelan berpandukan kepada Garis panduan Am Pelabelan Makanan, Peraturan-peraturan Makanan 1985.

 

 

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS