MAJLIS PENTAULIAHAN PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJUK ORANG ISLAM LUAK JELEBU

Majlis Pentauliahan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Rujuk Orang Islam Luak Jelebu

JELEBU, 02 Ogos 2019 – Ke Bawah Kaus YTM Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato’ Haji Maarof bin Mat Rashad telah berkenan mencemar Kaus menyempurnakan Majlis Pentauliahan Pelantikan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Luak Jelebu.

Majlis dimulakan dengan pelantikan Ustaz Alyasak bin Berhan sebagai Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Daerah Jelebu yang baharu. Majlis diteruskan dengan pelantikan Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Luak Jelebu, Ustaz Khairul Ashraf bin Mohd Kudus yang ditempatkan di Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, JHEAINS serta Ustazah Nor Faizatul Ezzati binti Isnan di Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu.

Majlis pentauliahan ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, al-fadhil Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Dato' Baginda, Ketua Penolong Pengarah Undang-undang Keluarga Islam dan Orang-orang Besar Balai.

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS