BENGKEL BACAAN  DAN PEMAHAMAN

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003 SIRI 2 BAGI TAHUN 2019

Bengkel Bacaan dan Pemahaman Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003

PAROI, 05 Ogos 2019 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam telah berjaya melaksanakan Bengkel Bacaan dan Pemahaman Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan)  2003 Siri 2/2019 bagi Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Negeri Sembilan, Pegawai Bahagian Penguatkuasaan dan Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dibimbing oleh Tuan Abd Razak bin Mat Nayan, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagi mencapai kefahaman yang seragam, para peserta turut didedahkan dengan Arahan Amalan yang diaplikasikan di Mahkamah Syariah.

Bengkel selama dua hari bermula 05 hingga 06 Ogos 2019 dilaksanakan di Bilik Orkid, Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan. Seramai 60 orang peserta telah mengikuti bengkel ini yang bertujuan untuk :

  1. Memberi kefahaman yang betul terhadap tafsiran ayat dalam EUKINS 2003 kepada para peserta.
  1. Menyelaras prosedur dan peraturan yang berkaitan nikah, cerai dan rujuk di antara bahagian di JHEAINS yang terlibat dalam proses pengutkuasaan dan pendakwaan dalam kesalahan berkaitan dengannya.
  1. Mendapatkan maklumat, pandangan dan idea bagi mengatasi isu-isu nikah, cerai dan rujuk yang berlaku di PAID dan Ibu Pejabat.

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS