PROGRAM IBADAH KORBAN BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI DAERAH REMBAU 

Program ibadah Korban Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Rembau

REMBAU, 14 Ogos 2019 - Pejabat Agama Islam Daerah Rembau bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Rembau telah mengadakan satu Program Ibadah Korban anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang telah dilaksanakan di Perkarangan Surau Al Hidayah Kampung Orang Asli Pabai Miku Rembau.

Dalam program tersebut sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan secara bergotong-royong antara kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Rembau, Rakan Ziarah Orang Asli, Penggerak Masyarakat Orang Asli dari sekitar Negeri Sembilan, Ahli Jawatan Kuasa Masjid serta masyarakat orang asli Daerah Rembau yang bersama-sama hadir dalam melaksanakan program tersebut. Seluruh Muallaf dan Orang Asli sekitar Daerah Rembau telah menerima daging korban tersebut yang disampaikan oleh Ustaz Mahadi Bin Daud iaitu Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan dan Ustaz Abdul Baasit Bin Omar, Penolong Pegawai Agama Islam Daerah Rembau.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut ialah gotong royong membersihkan Surau dan persekitaran surau, menyembelih dua ekor lembu, melapah daging, memasak Sup, pertandingan mewarna dan menyusun ‘puzzle’ bagi kanak-kanak serta kuiz bagi orang dewasa yang hadir pada hari tersebut. Program dan aktiviti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan ukhuwah dalam masyarakat tersebut.

Disediakan Oleh :
Pejabat Agama Islam Daerah Rembau