MAJLIS PENTAULIAHAN PELANTIKAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJUK ORANG ISLAM SERTA PENGHARGAAN KEPADA GURU-GURU TAKMIR LUAK JELEBU

Pentauliahan PPNCR dan Penghargaan Guru-Guru Takmir Luak Jelebu

JELEBU, 21 Ogos 2019 – Ke Bawah Kaus YTM Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato’ Haji Maarof bin Haji Mat Rashad telah berkenan mencemar Kaus menyempurnakan Majlis Pentauliahan Pelantikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam serta Penghargaan Kepada Guru-guru Takmir Luak Jelebu.

Majlis yang diadakan bersempena dengan Istiadat Pertabalan YTM Dato Undang Luak Jelebu ke-16 dimulakan dengan pelantikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Luak Jelebu seramai 29 orang. Majlis diteruskan dengan penghargaan kepada Guru-guru Takmir Luak Jelebu seramai 23 orang.

Majlis bersejarah ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, al-fadhil Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Dato' Baginda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Keluarga Islam serta Orang-orang Besar Balai.

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS