Persidangan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Negeri Sembilan Kali Ke-10 Bil. 1/2019


Simple Picture Slideshow:
Could not find folder /var/www/html/jheains.ns.gov.my/images/Berita/bahagian/bahagian_undang_undang_keluarga_islam/2019/persidangan_pendaftar_ncr_10092019

SEREMBAN, 10 September – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah berjaya melaksanakan Persidangan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Negeri Sembilan kali ke-10 bagi tahun 2019. Persidangan yang dipengerusikan oleh YBrs. Pengarah JHEAINS ini telah berjaya mencapai objekti yang telah digariskan.

Sebanyak tiga (3) kertas kerja telah dibentangkan pada persidangan kali ini iaitu :

  1. Kertas Makluman Standard Operating Procedure (SOP) Perkahwinan Bawah Umur oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan
  2. Ujian HIV Pra Perkahwinan – Pengesanan Awal dan Pencegahan Penularan HIV oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  3. Pembentangan Kertas Laporan Kajian Ringkas Faktor-Faktor Perkahwinan Rakyat Malaysia di Selatan Thailand oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Dalam ucapan aluannya, YBrs. Pengarah menekan perlunya kesediaan anggota perkhidmatan untuk menawarkan imej positif Jabatan khasnya dan Islam amnya.

 

 

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan