Bicara Patuh Syariah
Bicara Patuh Syariah
Bicara Patuh Syariah
Bicara Patuh Syariah
Bicara Patuh Syariah
Bicara Patuh Syariah
Bicara Patuh Syariah

Seremban 4 Sept - Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS telah menjalankan program Bicara Patuh Syariah bertempat di Dewan Theatrette Wisma Negeri dengan kehadiran seramai 87 orang peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan jabatan/unit di bangunan Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan.

 2 slot ceramah dalam program tersebut dikendalikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Ahmad Zaki bin Hamzah dari Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS bagi menyampaikan tajuk Jenayah Syariah : Ada Aku Kisah dan Y.Bhg. Ustaz Abd Rahman bin Ibrahim dari Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau dengan tajuk Al-Amru Bil Ma'aruf Wa Nahyu Anil Mungkar

 Antara objektif program ialah memberi kefahaman dalam kalangan masyarakat tentang Enakmen yang dikuatkuasakan di Negeri Sembilan, memberi kefahaman tentang peranan dan tanggungjawab dalam mencegah kemungkaran dan menguatkuasakan undang-undang syariah dan tahu dan faham tentang implikasi-implikasi yang hadir sekiranya didapati terlibat dengan pelanggaran undang-undang syariah

 #pkuasaanjheains