Program Manisnya Cita Dan Cinta
Program Manisnya Cita Dan Cinta
Program Manisnya Cita Dan Cinta
Program Manisnya Cita Dan Cinta
Program Manisnya Cita Dan Cinta
Program Manisnya Cita Dan Cinta
Program Manisnya Cita Dan Cinta
Program Manisnya Cita Dan Cinta
Program Manisnya Cita Dan Cinta


Seremban, 28 Sept - Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS dengan kerjasama Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan telah mengadakan Program Manisnya Cita Dan Cinta bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Kolej MARA Seremban.

Peserta terdiri daripada 93 pelajar kolej tersebut.

Antara objektif program ialah meningkatkan kefahaman di kalangan remaja tentang bahaya pelbagai gejala sosial yang melanda serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi mencegah diri dari terjerumus ke kancah kemungkaran, peserta memahami keperluan untuk mencapai cita-cita dan memburu keredhaan Allah, Rasul, Ibu Bapa dan Guru, dan mendedahkan kepada para remaja isu dan cabaran masa kini.

Antara pengisian program berbentuk ceramah daripada YBhg. Tuan Zulzaidi Bin Mahmod(Pegawai Jabatan Kehakiman Syariah), YBhg. Ustaz Tengku Nor Iftah Tengku Jamil (Penolong Pengarah (Kanan) JHEAINS) dan YBhg. Ustaz Haji Nor Azman Mohamad (Pegawai Khas YAB Menteri Besar).

Majlis penutup disempurnakan oleh YBhg. Tuan Nik Azlan bin Nik Man (Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama N.Sembilan) . Hadir bersama YBhg. Ustazah Johara Bibi Binti Suleiman (Penyelaras Program) dan YBhg. Puan Arfaseela Binti Amiruddin (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar)

#pkuasaanjheains