BENGKEL MENGURUS KLIEN YANG MEMPUNYAI MASALAH MENTAL  SIRI 1/2019

 

Bengkel Mengurus Klien Yang Mempunyai Masalah Mental Siri 1
Bengkel Mengurus Klien Yang Mempunyai Masalah Mental Siri 1
Bengkel Mengurus Klien Yang Mempunyai Masalah Mental Siri 1
Bengkel Mengurus Klien Yang Mempunyai Masalah Mental Siri 1
Bengkel Mengurus Klien Yang Mempunyai Masalah Mental Siri 1

 

SEREMBAN, 9 OKTOBER - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah melaksanakan Bengkel sehari di Hotel Royale Chulan, yang dianjurkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam  telah dihadiri oleh  24 Pegawai Perunding Cara, JHEAINS dari seluruh Negeri Sembilan. Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk:

  • Mempertingkatkan maklumat dan pengetahuan tentang isu-isu baru klien agar memudahkan perunding mengendalikan proses runding cara.
  • Memberikan pendedahan secara klinikal dan praktikal agar pegawai perunding mampu mengurus, mengawal keadaan dan situasi pelanggan yang rencam semasa runding cara dijalankan.
  • Kemahiran yang boleh dipraktiskan secara hands on oleh pegawai perunding apabila kembali bertugas setelah mendapatkan maklumat yang berguna untuk mengurus klien.

Bengkel ini mengangkat tema Kesihatan Mental dengan diskusi pertama ‘Memahami Isu Dan Masalah Mental Di Kalangan Orang Dewasa’ oleh Dr. Nor Izam Bt Md Alias, dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Tunku Jaafar. Panel membincangkan punca-punca kemurungan, skizofrenia dan gangguan kepada fungsi saraf di kalangan orang dewasa.

Manakala bagi sesi yang kedua berkenaan ‘Kaedah Mengenal Pasti Klien yang Bermasalah Mental dan Kaedah Saringan.’ Sesi ini menerangkan instrumen asas yang boleh mengukur klien yang menghadapi masalah mental untuk dirujuk ke Klinik Kesihatan terdekat, juga isu stigma terhadap keluarga dan klien yang mempunyai masalah mental oleh Dr. Noh Amit, dari Klinik Psikologi Kesihatan UKM.

Sesi ketiga mengangkat tajuk ‘Memahami Klien dengan Simptom Kebimbangan, Stress dan Kemurungan’ telah membawa peserta menyelami jenis-jenis masalah mental yang dihadapi oleh klien dan masalah dianggap remeh tetapi ia berkaitan dengan gangguan mental yang boleh menggugat hubungan dengan pasangan sebagaimana yang terjadi kepada penghidap bipolar, anxiety dan stress yang berpanjangan. Diharapkan kemahiran seumpama ini berupaya melatih pegawai perunding yang kompeten mengendalikan sesi runding cara.

 

 

 

Disediakan oleh:

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS