KARNIVAL KELUARGA DAN KOMUNITI BAHAGIA

DI MASJID AL-AZIM TAMAN SEMARAK 2, NILAI TAHUN 2019

 

Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia
Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia

 

Nilai, 2 November 2019 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Seremban dan Masjid Al-Azim Taman Semarak 2, Nilai telah menganjurkan Karnival Keluarga dan Komuniti Bahagia.

Atas kesedaran dalam memberikan kefahaman, panduan dan maklumat kepada masyarakat tentang pentingnya mewujudkan suasana harmoni dalam keluarga dan komuniti, maka bahagian ini mengambil inisiatif untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada penduduk setempat berkaitan kepentingan institusi keluarga dan komuniti dalam membentuk masyarakat yang bahagia. Antara objektif penganjuran program adalah:

  • Memupuk semangat kasih sayang dan sikap mengambil tahu di kalangan keluarga dan masyarakat pelbagai peringkat.
  • Menjalinkan kerjasama strategik yang baik antara agensi dan masyarakat setempat.
  • Menjadikan masjid sebagai tempat rujukan dan pembangunan komuniti bagi menangani isu-isu setempat seterusnya meningkatkan syiar Islam dan institusi tersebut.

Beberapa aktiviti telah dilaksanakan antaranya:

  • Jom sihat Berjalan Kaki
  • Taklimat dan Praktikal Penyembelihan
  • Aktiviti Art Therapy dan Pertandingan Mewarna
  • Klinik al-Fatihah bersama Qari Negeri Sembilan Mohamad Husaini Mahmur
  • Reruai/ Booth Pameran dari JHEAINS (Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pengurusan Halal), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia (Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan), Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Kuliah Dhuha oleh Ustazah Yuhaniz Mohd Yusof
  • Sukan Memanah
  • Majlis Tahnik Bayi bersama Imam Muda Aran
  • Sukan Keluarga
  • Ziarah Kasih bersama pemimpin
  • Buskirah bersama Ijam Medicine dan Kumpulan Buskers

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Tuan Hj. Ismail bin Hj Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar.

 

 

 

Disediakan oleh:

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS