KURSUS ASAS MEDIASI & JAWATANKUASA PENDAMAI

KERJASAMA PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

 

Kursus Asas Mediasi & Jawatankuasa Pendamai
Kursus Asas Mediasi & Jawatankuasa Pendamai
Kursus Asas Mediasi & Jawatankuasa Pendamai
Kursus Asas Mediasi & Jawatankuasa Pendamai

 

SEREMBAN, 20-21 NOVEMBER 2019 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah melaksanakan Kursus Asas Mediasi & Jawatankuasa Pendamai kerjasama Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia selama dua hari di Akademi Pengajian Tinggi (AKEPT), yang diurusetiakan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam. Kursus ini telah dihadiri seramai 25 Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Objektif penganjuran ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang teknik-teknik pengendalian proses runding cara dan perundingan dalam Jawatankuasa Pendamai yang berkesan. Juga memberikan pendedahan secara profesional tentang kaedah mengurus, mengawal keadaan dan situasi pelanggan yang rencam semasa rundingan serta mendapat latihan dan khidmat pakar daripada pengamal undang-undang tentang tanggungjawab, wibawa dan kredibiliti pegawai runding cara dan Jawatankuasa Pendamai secara teori dan praktikal. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang diketuai oleh Datuk Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar, merupakan Presiden PPMM. Seramai sembilan orang panel yang terlibat mengendalikan kursus ini.

 

 

 

Disediakan oleh:

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS