BENGKEL PENGURUSAN EMOSI MENGGUNAKAN

TEKNIK GAYA NABI SIRI 2/2019

Pengurusan Emosi Teknik Gaya Nabi
Pengurusan Emosi Teknik Gaya Nabi
Pengurusan Emosi Teknik Gaya Nabi
Pengurusan Emosi Teknik Gaya Nabi
Pengurusan Emosi Teknik Gaya Nabi

 

SEREMBAN, 5 DISEMBER - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah melaksanakan Bengkel Pengurusan Emosi Menggunakan Teknik Gaya Nabi Siri 2/2019 selama sehari di Hotel Royale Chulan, yang dianjurkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam. Bengkel ini  telah dihadiri seramai  31 Pegawai Perunding Cara, JHEAINS dari seluruh Negeri Sembilan. Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk  memperkenalkan kaedah dan teknik-teknik menguruskan emosi menggunakan teknik komunikasi Rasullullah yang persuasif, bagi membentuk individu menjadi berpengaruh dan disukai. Juga melatih  peserta  memahami dan mengusai teknik-teknik serta memperaktikkanya di pejabat dan di rumah.

Dalam bengkel ini juga, menyediakan latihan yang menggunakan lembaran kerja bagi memastikan berlakunya pemindahan kepada peserta. Kaedah ‘self-discovery’ yang digunakan membantu peserta faham, ingat serta mudah mengaplikasikannya.

 

 

 

Disediakan oleh:

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam

JHEAINS