MAJLIS PENYERAHAN SURAU AR-RAUDHAH

 

Majlis Penyerahan Surau Ar-Raudhah
Majlis Penyerahan Surau Ar-Raudhah
Majlis Penyerahan Surau Ar-Raudhah
Majlis Penyerahan Surau Ar-Raudhah
Majlis Penyerahan Surau Ar-Raudhah
Majlis Penyerahan Surau Ar-Raudhah
 

 

REMBAU, 6 Januari 2020 – Majlis Penyerahan Surau Ar-Raudhah telah diadakan di Kampung Tanjung Sena Hilir Rembau bagi menggantikan surau yang usang dan telah diserahkan daripada jawatankuasa pembinaan iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Rembau kepada Pengarah JHEAINS.

Surau itu kemudiannya diserahkan kepada jawatankuasa surau untuk digunakan sepenuhnya oleh jemaah setempat. Sesungguhnya orang yang memakmurkan rumah-rumah Allah SWT merupakan orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari Akhirat serta mendapat petunjukNya.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Bahagia Tuan Mohd Zaidi Bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Turut Hadir Encik Amin Jamail Bin Thamimul Ansary, Pegawai Unit Pembangunan Pejabat Daerah dan Tanah Rembau dan Pengerusi MPKK Kampung Batu Hampar.

 

Disediakan Oleh :
Pejabat Agama Islam Daerah Rembau