BENGKEL PENGUASAAN MODUL SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA (SPPIM) SIRI 1/2020

 

Bengkel Penguasaan SPPIM
Bengkel Penguasaan SPPIM
Bengkel Penguasaan SPPIM
Bengkel Penguasaan SPPIM
Bengkel Penguasaan SPPIM
Bengkel Penguasaan SPPIM

 

Seremban, 20 Februari – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan Bengkel Penguasaan Modul Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) yang berlangsung selama dua (2) hari bermula dari 19 sehingga 20 Februari 2020. Peserta bengkel seramai 30 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan. 

Objektif bengkel diadakan adalah untuk meningkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan Nikah, Cerai, Rujuk seluruh negeri bagi tujuan peningkatan kecekapan perkhidmatan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Salehin bin Sopian selaku Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti) dan Ustazah Rosnahni binti Ismail selaku Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Dasar Kemajuan Islam), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Disediakan oleh :
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
JHEAINS