Ziarah Halal Siri 1/2020

Ziarah Halal Siri 1/2020
Ziarah Halal Siri 1/2020
Ziarah Halal Siri 1/2020
Ziarah Halal Siri 1/2020
Ziarah Halal Siri 1/2020
Ziarah Halal Siri 1/2020
Ziarah Halal Siri 1/2020
Ziarah Halal Siri 1/2020
Ziarah Halal Siri 1/2020
Ziarah Halal Siri 1/2020
Ziarah Halal Siri 1/2020
Ziarah Halal Siri 1/2020

Kuala Pilah, 19 Februari 2020 - Bahagian Pengurusan Halal dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah telah mengadakan Program Ziarah Halal “Door to Door” Siri 1/2020 peringkat Daerah Kuala Pilah pada 19 Februari 2020 bertempat di Hotel Desa Inn, Kuala Pilah yang telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Ziarah Halal “Door to Door” Siri 1/2020 ini turut dihadiri Tn. Raizalani b. Mohd Rasi (Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah), S.S Tn. Amran b. Awaludin (Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan),  Pn. Jamilah bt Salikin (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri), Tn. Khuzairi b. Salamat (Ketua Cawangan KPDNHEP Kuala Pilah) danTn. Mohd Fadhli b. Yutiman (Pegawai Agama Islam Daerah Rembau).

Aktiviti ziarah halal adalah merupakan suatu program yang diadakan untuk mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) terutamanya kepada pengusaha-pengusaha premis makanan dalam menjadikan premis makanan di Negeri Sembilan yang mempunyai status halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. Disamping itu ia juga diharap menjadi medium yang mendekatkan pengusaha dengan JHEAINS yang bertanggungjawab mengawal selia persijilan halal di Negeri Sembilan.

Justeru itu, Bahagian Pengurusan Halal JHEAINS dengan kerjasama PAID Kuala Pilah melaksanakan program ini di peringkat daerah yang pertama kalinya diadakan di daerah Kuala Pilah yang turut mendapat sokongan dari wakil-wakil agensi kerajaan lain yang terdiri dari Jabatan Kesihatan Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Pihak Berkuasa Tempatan serta bahagian-bahagian dalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Seramai 70 orang peserta telah menyertai program pada kali ini. Program yang dimulakan dengan taklimat oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JHEAINS seterusnya pembahagian kumpulan dikalangan peserta yang bergerak untuk mempromosi Sijil Halal Malaysia ke lokasi-lokasi premis makanan yang telah dikenalpasti di dalam Daerah Kuala Pilah.

Didalam ziarah kali ini telah berjaya melawat premis makanan sebanyak 23 buah dimana telah diterangkan akan prosedur permohonan Halal Malaysia kepada setiap pengusaha premis serta diberikan konsultasi prosedur asas dalam permohonan Sijil Halal Malaysia.

Diaharapkan program ini akan menjadi pemangkin kepada pertambahan premis makanan yang mempunyai persijilan halal Malaysia pada masa hadapan.

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Halal 

JHEAINS