PROGRAM JOM SIHAT

Program Jom Sihat, 20 Februari 2020
Program Jom Sihat, 20 Februari 2020
Program Jom Sihat, 20 Februari 2020
Program Jom Sihat, 20 Februari 2020
Program Jom Sihat, 20 Februari 2020

 

TAMPIN, 20 Februari 2020 - Pejabat Agama Islam Daerah Tampin telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program berunsurkan kecergasan fizikal iaitu Program Jom Sihat di Hutan Simpan Gunung Tampin. Seramai 15 orang kakitangan telah terlibat dalam program ini yang diketuai oleh Ustaz Mohd Yazid bin Saad, Pegawai Agama Islam Daerah Tampin. Program ini turut disertai oleh Ustaz Mohd Saiful Islam bin Dol Hamid, Penolong Pegawai Agama Islam Wilayah Gemas. Program dimulakan dengan berkumpul di kaki Gunung Tampin dan mula mendaki pada jam 8.30 pagi. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan kakitangan selain memantapkan kecergasan fizikal dan meningkatkan kesihatan tubuh badan. Menyedari kecergasan dan kesihatan fizikal perlu seiring kecerdasan akal fikiran, Ustaz Mohd Yazid mengesyorkan program yang dilaksanakan ini wajar diteruskan kerana banyak faedah yang boleh diperolehi antaranya ialah mengekalkan kesihatan dan stamina serta mengurangkan tekanan kerja. Program Jom Sihat ini berakhir pada jam 11.00 pagi.

Tahukah Anda

  • Tampin berasal daripada bekas makanan tampin yang diperbuat daripada daun mengkuang.
  • Dikatakan bahawa British pernah memasang Beirut di Bukit Tampin iaitu di Kompartment 30, Hutan Simpan Gunung Tampin pada suatu masa dahulu yang mana pada masa ini adalah lokasi terletaknya pencawang TM.
  • Sumber : Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Beirut = tanda aras ketinggian puncak gunung

 

Disediakan oleh :

Pejabat Agama Islam Daerah Tampin