KETUA PENOLONG PENGARAH (S48)

Razidah Binti Adam

Razidah Binti Adam
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Alamat:
Bahagian Undang-Undang Keluarga
Aras 2
Karung Berkunci No. 30
Jalan Dato' Hamzah
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Telefon : 06-7671097
Faks : 06-7640029
Koordinat : 2.723334, 101.943137


FUNGSI

1. Mengurus pendaftaran urusan Nikah, Cerai dan Rujuk orang Islam.

2. Mengurus program pembangunan keluarga, latihan dan sosial.

3. Mengurus perkhidmatan Khidmat Nasihat kepada orang Islam.

4. Menyelaras pentadbiran kekeluargaan di peringkat daerah.


Pendaftaran Nikah, Cerai & Rujuk (NCR)

1. Merangka polisi dan penyelarasan pengurusan perkahwinan,penceraian dan rujuk orang Islam termasuk ujian saringan HIV.

2. Menerima dan memproses kebenaran berkahwin borang 5 dan borang.

3. Memproses permohonan pendaftaran nikah,cerai dan rujuk orang Islam.

4. Mengurus hal ehwal pelantikan dan pentauliahan pendaftar.

5. Menyediakan borang-borang dan sijil-sijil berkaitan NCR, permohonan pencetakan dan pengawalan edaran.

6. Mendaftar dan merekodkan maklumat nikah, cerai dan rujuk ke dalam buku daftar NCR dan pendaftaran secara online.

7. Pengurusan wali hakim bagi ketiadaan wali.

8. Melaksanakan urusan pentadbiran bahagian dan unit mengikut SPK MS ISO 9001 : 2000 serta memantau perlaksanaannya.

9. Temubual pasangan dengan pendaftar bagi pendaftaran semula pernikahan di luar negara.

10. Menerima dan memproses permohonan untuk pendaftarannikah tanpa izin dan poligami tanpa kebenaran.

11. Menguruskan kawalan keselamatan ke atas dokumen kawalan tebuk keselamatan.

12. Melaksanakan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003.

13. Menjadi urusetia bagi pindaan dan kajian semula enakmen dan penyediaan kaedah enakmen Undang-Undang Keluarga.

14. Menguruskan pembatalan, pindaan dan pembetulan butiran dalam dokumen kawalan mengikut kehendak seksyen 42 EUKINS 2003.


Pembangunan Keluarga, Latihan dan Sosial

Penyediaan sijil kursus Pra Perkahwinan, Pencetakan dan kawalan edaran.

1. Memproses permohonan syarikat untuk melaksanakan kursus Pra Perkahwinan dan member kelulusan serta pembaharuan permit.

2. Penyelarasan peraturan pengendalian dan pemantauan kursus Pra Perkahwinan.

3. Menguruskan kursus dan latihan kekeluargaan kepada orang awam serta kursus kemahiran fasilitator kursus Pra Perkahwinan.

4. Perlantikan dan pemantauan fasilitator kursus Pra Perkahwinan.

5. Penyelarasan dan perlaksanaan program PPKI dan PPS.


Unit Rundingcara

Menerima aduan, memfailkan dan mendaftar aduan dalam daftar aduan Unit Rundingcara.

1. Mengadakan temujanji dan sesi rundingcara.

2. Penyediaan laporan perakuan klien untuk ke mahkamah jika berkenaan.

3. Pusat pemyebaran maklumat undang-undang dan hak-hak wanita menurut EUKINS 2003.

4. Menerima dan menyiasat aduan untuk bantuan kebajikan am.

5. Penyelarasan prosedur kerja, penyelesaian masalah dan rayuan aduan kekeluargaan.