Kami berjanji :
  • Memberi layanan mesra dan cekap di dalam suasana persaudaraan Islam kepada pelanggan.
  • Menjadikan masjid sebagai Pusat Kemajuan dan Pembangunan Umat Islam dengan meningkatkan ekonomi serta mempelbagaikan aktiviti dan kemudahan dengan menggunakan media eletronik, kemudahan kesihatan dan kaunseling.
  • Menyediakan dan melaksanakan Program Dakwah yang berkesan untuk meningkatkan kefahaman Islam kepada seluruh lapisan masyarakat bersesuaian dengan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Melaksanakan program penerangan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan dan swasta serta meningkatkan personaliti Pegawai Perkhidmatan Awam dari sudut kualiti produktiviti dan displin kerja yang bermutu tinggi.
  • Melahirkan golongan pelajar yang memiliki kecemerlangan ilmu dan kemantapan sahsiah berdasarkan ketaqwaan dan keimanan, serta menyediakan khidmat dan sistem pendidikan yang terbaik melalui pengurusan yang cekap, dinamik dan berkesan.
  • Membantu menyelesaikan masalah dan memastikan tindakan ke arah penyelesaian aduan kekeluargaan dalam tempoh 4 bulan.
  • Membanteras segala bentuk penyelewengan Aqidah dan Maksiat dengan serta merta.
  • Memberi khidmat pengurusan kewangan yang cekap, adil mengikut prinsip dan peraturan kewangan.