PERHIMPUNAN BULANAN JHEAINS, 29 SEPTEMBER 2017

IMG 5323

IMG 5346

IMG 5354

Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan, 29 September 2017 -  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah sekali lagi mengadakan perhimpunan bulanan yang diurusetiakan sepenuhnya oleh Bahagian Pendakwaan JHEAINS. Perhimpunan pada kali ini telah diadakan dengan penuh jayanya dan dihadiri oleh sebahagian besar Pegawai dan kakitangan JHEAINS. Perhimpunan ini telah diadakan dengan dua slot Utama iaitu Slot bersama Pengarah JHEAINS dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Pelbagai tentatif menarik telah diadakan antaranya, Anugerah Pekerja Contoh, Kenaikan Pangkat, Kakitangan bertukar,Kakitangan bersara, Lantikan Kakitangan Baru Sumbangan kepada waris (Khairat Kematian)Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kelab Kebajikan JHEAINS, dan Penyerahan Surat Perlantikan Jawatankuasa Kelab Kebajikan JHEAINS kepada Pengerusi Kelab.

Program perhimpunan ini turut diserikan lagi dengan Gimik & Pelancaran Buku Panduan Identifikasi Elemen & Sumber Keterangan Kesalahan Jenayah Syariah di Negeri Sembilan yang diterbitkan oleh Bahagian Pendakwaan JHEAINS. Buku ini merupakan satu manifestasi ke arah penyelarasan dan pemahaman Perundangan Jenayah Syariah Negeri Sembilan dan ianya menjadi rujukan Bahagian-Bahagian di JHEAINS terhadap perundangan Jenayah Syariah di Negeri Sembilan. Bacaan Iqrar Bebas Rasuah juga telah dilafazkan dan diketuai oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Dato Selamat Bin Paigo di hadapan seluruh Pegawai dan kakitangan JHEAINS. Bacaan Iqrar dan Simbolik Penyerahan Iqrar Bebas Rasuah ini telah disaksikan oleh Tuan Khairuddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Negeri Sembilan.

Syabas dan tahniah kepada Urusetia!

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pendakwaan