KUALA PILAH 15 SEPT,15 September 2017 - Bertempat di Masjid Jamek Yamtuan Raden, Kuala Pilah telah berlangsung Eksplorasi Halal & Kesihatan Oral Daerah Kuala Pilah. Program ini telah berjaya dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS dengan kerjasama Klinik Kesihatan & Pergigian Daerah Kuala Pilah, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah dan Majlis Daerah Kuala Pilah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ceramah kesedaran berkenaan kesihatan oral, ceramah isu-isu semasa halal, pemeriksaan kesihatan & pergigian dan pameran dari agensi-agensi. Eksplorasi Halal & Kesihatan Oral Daerah Kuala Pilah telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Dato’ Norhayati Omar, Exco Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan merangkap ADUN Pilah. Sekalung penghargaan juga buat syarikat Roti Abdul Sdn.Bhd yang telah memberi sumbangan berbentuk makanan buat para peserta.

image001.jpg

Sesi bergambar bersama YB Dato’ Norhayati Omar, Exco Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan merangkap ADUN Pilah

 

 

image003.jpg

Para hadirin khusyuk mendengar ceramah yang sedang disampaikan oleh penceramah jemputan

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Halal