PORT DICKSON, 8 SEPT – Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS telah menganjurkan Daurah Kitab “Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu” oleh Dr.Wahbah Al-Zuhaili pada 6hb hingga 8hb September 2017 bertempat di Hotel Legacy, Port Dickson. Program ini julung kali dilaksanakan khas untuk kakitangan Bahagian Pengurusan Halal dan ahli Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Malaysia. Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi memantapkan lagi pemahaman berkenaan isu-isu halal kepada kakitangan dan ahli Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Malaysia . Antara bab yang disentuh bagi penganjuran kali ini merangkumi aspek makanan, minuman dan ubat-ubatan. Penerangan kitab ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Dr.Saadan Man, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

 image005

Para peserta memberikan perhatian terhadap penerangan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Dr.Saadan Man.

 

image008

Kitab “Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu” oleh Dr.Wahbah Al-Zuhaili

 

 image009

Penyampaian cenderamata oleh Tuan Tarmimi Bin Abd Rashid kepada Yang Berbahagia Ustaz Dr.Saadan Man.

 

 Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Halal