PORT DICKSON, 20 SEPT – Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson & Majlis Perbandaran Port Dickson telah berjaya menganjurkan Eksplorasi Halal Daerah Port Dickson. Eksplorasi Halal di Port Dickson merupakan siri jelajah eksplorasi halal yang terakhir bagi tahun 2017 selepas penganjuran yang berjaya di daerah Rembau, Seremban dan Kuala Pilah. Program kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Hj.Abdul Rahman Bin Mohd Redza, Ahli Dewan Undangan Negeri Linggi. Sambutan yang diberikan adalah sangat menggalakkan dengan kehadiran audiens yang hampir memenuhi dewan auditorium. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ceramah kesedaran halal oleh Ustaz Mohd Amri Bin Abdullah (Panel Tanyalah Ustaz & Pengacara MyHalal RTM1) dan Ustaz Mohd Elyas bin Ismail (Pendakwah bebas) dan pameran daripada agensi kerajaan. Program ini juga mendapat kerjasama daripada pihak Nestle yang menyumbangkan hidangan mee segera bagi para hadirin.

 

image011

Sambutan yang menggalakkan daripada para hadirin memenuhi dewan auditorium Majlis Perbandaran Port Dickson

 

image013

Ceramah isu kekeluargaan dan kaitannya dengan halal yang disampaikan oleh

Ustaz Mohd Elyas Bin Ismail, Pendakwah bebas

 

image015

Ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Hj.Abdul Rahman bin Mohd Redza, Ahli Dewan Undangan Negeri Linggi

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Halal