Program Nadwah Kepimpinan Islam PAID Kuala Pilah

Program Nadwah Kepimpinan Islam PAID Kuala Pilah, 28 Julai 2019
Program Nadwah Kepimpinan Islam PAID Kuala Pilah, 28 Julai 2019
Program Nadwah Kepimpinan Islam PAID Kuala Pilah, 28 Julai 2019
Program Nadwah Kepimpinan Islam PAID Kuala Pilah, 28 Julai 2019

KUALA PILAH - 28 Julai 2019, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah telah menganjurkan Kem Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-sekolah menengah peringkat daerah Kuala Pilah bagi tahun 2019.

Seramai hampir 80 orang peserta terdiri daripada badan kepimpinan terpilih setiap sekolah menyertai kem tersebut bermula 26 Julai 2019 hingga 28 Julai 2019 bertempat di Kem D Agroloka Jelebu, Negeri Sembilan.

Peserta didedahkan dengan modul kepimpinan Islam melalui aktiviti LDK, PDK dan "Outdoor Training". Penerapan modul Tahsin Al-Fatihah bagi memperbaiki bacaan surah Al-Fatihah serta pendekatan Asmaul Husna melalui doa harian mereka dan solat berjemaah pada setiap waktu solat juga diberikan penekanan ketika berada di luar kawasan surau yang telah disediakan oleh pihak Kem D'Agroloka Jelebu

Turut hadir bagi meninjau perjalanan program ialah Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Ustaz Mohd Raizalani bin Mohd Rais. Program kali ini telah dikendalikan oleh barisan fasilitator daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan bersama pihak Kem D Agroloka, Jelebu.

Majlis penyampaian cenderahati kepada setiap kumpulan disampaikan oleh, Pengarah Program merangkap Ketua Unit Dakwah PAID Kuala Pilah, Ustaz Mohamad Hidayat Bin Abd Hamid.

Disediakan Oleh :
Unit ICT & Media PAID Kuala Pilah

Berita Terkini