PASANGAN ‘SEMANIS KURMA’ DAN USTZA MOHD ELYAS ISMAIL  MENGHANGATKAN SEMINAR SELAMATKAN GENERASI KITA

image001.jpg

Rembau, 4 Oktober 2017 – Warga Pejabat Agama Islam Daerah Rembau menzahirkan rasa kegembiraan dan terima kasih kepada penceramah – penceramah selebriti iaitu Dato’ Ustazah Nor Bahyah binti Mahmood hadir bersama pasangannya Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid serta Ustaz Ilyas bin Ismail hadir untuk memberi  ceramah di Dewan Sri Rembau, Rembau hari ini.

Sambutan yang diberikan oleh orang awam adalah luar biasa.Seminar ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Program ini juga di hadiri oleh Penjawat Awam dan pelajar IPT.

Ustaz Ilyas Ismail selebriti Tanyalah Ustaz TV9 memulakan ceramah beliau pada pukul 9.00 pagi yang bertajuk Ayuh!Selamatkan Anak-Anak Kita. Kupasan yang cukup menarik dan mendapat perhatian dari penonton.

Slot Kedua pula dimeriahkan dengan kehadiran pasangan pendakwah selebriti ‘Semanis Kurma’. Pasangan ini mengupas tajuk Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Jenayah Syariah dan memberi petua dalam membentuk keluarga bahagia.

Maka dengan adanya program ini mampu menangani gejala sosial di Negeri Sembilan dan mengharapkan mampu mengubah mentaliti minda semua masyarakat mengenai undang –undang Syariah serta dapat membentuk sebuah masyarakat yang makmur dan progesif dalam memartabatkan Undang – Undang  Syariah.

 

Disediakan Oleh:

Pejabat Agama Islam Daerah Rembau