PROGRAM COMMUNITY TO CARE (C2C)

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

 GetFileAttachment4

GetFileAttachment

GetFileAttachment1

GetFileAttachment1

GetFileAttachment1

GetFileAttachment1

GetFileAttachment1

 

Kuala Pilah, 19 Oktober 2017 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melalui Bahagian Undang-undang Keluarga Islam telah terlibat dalam Program Community To Care (C2C) Negeri Sembilan dengan pelaksanaan program khidmat masyarakat di DUN Batang Pilah, Kuala Pilah pada 19 Oktober 2017.

Selari dengan fungsi Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, bahagian ini sentiasa mendekati masyarakat dengan pelbagai program kemasyarakatan bertujuan untuk memperkenalkan dan menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.  Ia secara tidak langsung dapat memahami dan berkongsi permasalahan dalam kalangan masyarakat.

Program khidmat bakti dan ziarah mahabbah ini turut disertai oleh YB Dato' Norhayati Omar, ADUN Kuala Pilah dan juga pemimpin-pemimpin setempat.  YB Dato' Norhayati Omar turut menyampaikan bantuan berupa bekalan makanan asas kepada keluarga yang memerlukan disamping memberi khidmat nasihat dan advokasi kekeluargaan.  Antara keluarga yang terlibat adalah terdiri dari kalangan yang memerlukan, sakit dan warga emas.

Program sebegini juga selari dengan hasrat kerajaan untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat. JHEAINS berharap agar usaha turun padang dan memasyarakat perkhidmatan dapat diteruskan serta memberi manfaat kepada seluruh masyarakat di Negeri Sembilan khususnya.

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Undang-undang Keluarga Islam