KONVENSYEN KELUARGA ISLAM 2017

BENGKEL SUAMI ISTERI MODUL PASCA PERKAWINAN “RAIKAN SYURGA CINTA”

 edit

DSC 0029

DSC 0051

DSC 0032

Port Dickson, 5 November 2017 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-undang Keluarga Islam telah mengadakan Bengkel Suami Isteri Modul Pasca Perkahwinan “Raikan Syurga Cinta” di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson pada 3 hingga 5 November 2017.  Program kali ini khusus bagi pasangan suami isteri yang usia perkahwinan 20 tahun ke atas.

Program ini telah berjaya mencapai objektif berikut :

  • Memberi ilmu dan maklumat fokus kepada kedudukan, batasan, peranan serta tanggungjawab sebenar suami isteri selaku ketua keluarga menurut Islam.
  • Mengukuhkan institusi kekeluargaan susulan dari pengukuhan jatidiri pemimpin keluarga selaras dengan usaha kerajaan menangani pelbagai isu yang berkaitan kemelut institusi kekeluargaan khususnya kes penceraian.
  • Langkah ke arah merealisasikan masyarakat yang harmoni berasaskan dari sebuah keluarga yang menjadikan fitrah Islam itu sebagai cara hidup.

Program ini merupakan program yang telah diperkenalkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Modul ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada 3 Mac 2016.  Ia merupakan modul pertama seumpamanya di dunia itu digubal berdasarkan lima objektif utama termasuk membantu pasangan bermasalah mengatasi konflik rumah tangga dan membentuk pasangan yang teguh akidah.

Modul ini digubal oleh 30 pakar daripada pelbagai disiplin ilmu, modul itu dibahagikan kepada empat fasa perkahwinan iaitu Fasa Bulan Madu melibatkan usia perkahwinan kurang lima tahun; Fasa Sehati Sejiwa (6 hingga 10 tahun); Fasa Semarak Kasih (11 hingga 20 tahun) dan Fasa Syurga Cinta (21 tahun ke atas).

Program ini telah disertai oleh 17 pasangan usia perkahwinan 20 tahun ke atas.  Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan program ini dan merasakan progrm ini wajar diteruskan.

Program ini juga banyak menggunakan metod latihan dalam kumpulan di samping menekankan penglibatan aktif daripada kalangan peserta. Kehadiran peserta yang diwajibkan  mesti membawa pasangan membolehkan perubahan sikap dan tingkahlaku dapat diaplikasikan sepenuhnya.

Penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Razidah binti Adam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian undang-undang Keluarga Islam.  Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAINS melihat program ini sebagai satu keperluan ke arah merealisasi matlamat Jabatan dan kerajaan negeri iaitu mengurangkan kadar penceraian disamping melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dengan nilai-nilai agama yang telah ditetapkan. 

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Undang-undang Keluarga Islam