SEMINAR MEMBINA KELUARGA BAHAGIA PERINGKAT DAERAH REMBAU 2017M /1439H

image001

Peserta yang menghadiri Seminar Membina Keluarga Bahagia Peringkat Daerah Rembau 2017, 25 Oktober  2017

 

REMBAU, 25 Oktober 2017 – Unit Rundingcara Pejabat Agama Islam Daerah Rembau telah menganjurkan Seminar Membina Keluarga Bahagia Peringkat Daerah Rembau Tahun 2017. Seminar ini diadakan dengan matlamat untuk  memberi penekanan tentang pelaksanaan peranan dan tanggungjawab pasangan suami isteri dalam mendirikan sebuah rumahtangga yang harmoni serta seimbang  dunia dan akhirat, memberi kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan di dalam mengharungi  arus globalisasi bagi membentuk keluarga Islam yang cemerlang dan memberi pencerahan kepada masyarakat berkaitan isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam.

image002

Penceramah  Jemputan iaitu Ustaz Che Amran Bin Md Yusof, Panel Program Tanyalah Ustaz  dan Halaqah TV9 , 25 Oktober  2017

 

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Che Amran Bin Md Yusof iaitu Panel Program Tanyalah Ustaz dan Halaqah TV9. Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, Orang Awam, Ajk Masjid, Guru-Guru kafa di sekitar Daerah Rembau dan Tampin yang turut hadir memeriahkan seminar tersebut.  

image003

Peserta yang menerima hadiah cabutan nama bertuah 25 Oktober  2017

 

Dalam seminar tersebut juga diselitkan dengan sesi soal jawab dan cabutan nama bertuah sumbangan daripada YB  Dato’ Hj Zaifulbahri Bin Idris Pengerusi Jawatankuasa bertindak Modal Insan Belia dan Sukan Merangkap ADUN Kawasan Chembong untuk peserta seminar.


Disediakan Oleh:

Unit Rundingcara Pejabat Agama Islam Daerah Rembau