BENGKEL PEMILIHAN AYAT MAJLIS MENGHAFAZ DAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 1439H / 2018M

 

 

PORT DICKSON 23 NOVEMBER - Unit Keurusetiaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau telah berjaya mengadakan bengkel ini bermula dari 21 hingga 23 November ini di The Grand Beach Resort, Port Dickson. Bengkel selama 3 hari 2 malam ini dihadiri oleh 25 orang panel pemilihan ayat yang dilantik berdasarkan kepakaran setiap individu dalam bidang hafazan dan tilawah al-Quran. Bengkel ini bertujuan untuk  menyediakan senarai ayat-ayat al-Quran yang akan dijadikan soalan bagi Majlis Menghafaz dan Tilawah Peringkat Negeri akan datang. Bengkel telah disempurnakan oleh Y.M. Ustaz Tg. Noriftah Bin Tg. Jamil, Penolong Pengarah, Unit Keurusetiaan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

 
Disediakan oleh:
Bhg. Pengurusan Masjid & Surau
dengan kerjasama
Unit Keurusetiaan, Bhg. Khidmat Pengurusan, JHEAINS