PROGRAM BICARA LELAKI ”HIDUP SIHAT, KELUARGA SELAMAT”

ANJURAN

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM JHEAINS DENGAN KERJASAMA PERSATUAN IKATAN PENGAMAL PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN MUSLIM MALAYSIA (I-MEDIK)

 

Seremban,7 Disember 2017 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-undang Keluarga Islam telah menganjurkan Program Bicara Lelaki ”Hidup Sihat, Keluarga Selamat” pada 7 Disember 2017.  Program ini merupakan kerjasama antara Bahagian Undang-undang Keluarga Islam dengan Persatuan Ikatan Pengamal Perubatan Dan Sains Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik). Ia dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK) yang dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai perubatan.

WhatsApp Image 2017 12 11 at 1.56.11 PM

WhatsApp Image 2017 12 07 at 9.17.03 AM

WhatsApp Image 2017 12 07 at 9.17.09 AM

WhatsApp Image 2017 12 07 at 10.52.54 AM

WhatsApp Image 2017 12 07 at 10.52.56 AM

Program ini telah berjaya mencapai objektif berikut :

1          Memberikan kefahaman yang jelas kepada lelaki berkaitan isu-isu pengurusan kesihatan lelaki dari pakar kesihatan.

2          Memperbetulkan persepsi para suami terhadap kesihatan lelaki dan kaedah menanganinya.

3          Menggalakkan perbincangan aktif kalangan suami dalam usaha meningkatkan keharmonian rumahtangga.

4          Memberi penerangan dan maklumat semasa terhadap kaum lelaki berkaitan ilmu fiqh munakahat agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

5          Menyuntik semangat dan motivasi kepada kaum lelaki yang bergelar suami dalam menjalani ibadah seharian dengan lebih yakin dengan ilmu yang diperolehi.

Program yang diadakan secara tertutup ini adalah julung kali diadakan dan khusus membicarakan berkaitan aspek kesihatan kelelakian.  Ia merupakan salah satu daripada pelan strategik JHEAINS bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan ke arah melahirkan ummah yang sejahtera.  Program ini juga merupakan usaha Bahagian Undang-undang Keluarga Islam ke arah memantapkan penyelarasan dan kolaborasi dengan sektor ketiga ke arah memacu pembangunan hal ehwal Islam di Negeri Sembilan.

Rata-rata peserta berpuas hati dengan program ini dan berharap agar dapat diteruskan dmasa akan datang.  JHEAINS juga berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan akan sentiasa berusaha menyampaikan informasi yang bertepatan dengan kehendak dan keperluan masyarakat.

 

Disediakan Oleh :
Bahagian Undang-undang Keluarga Islam