Waktu Solat
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 24/05/2018
  • Imsak 05:30
  • Subuh 05:40
  • Syuruk 07:02
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:35
  • Maghrib 19:18
  • Isyak 20:31

PROGRAM MALAM MAHABBAH RASULULLAH S.A.W

SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN KE-70 TAHUN 2018

PROGRAM MALAM MAHABBAH RASULULLAH S.A.W SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KE-70 2017

KUALA PILAH,15 Januari 2017 – Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Negeri FM & Puspanita Daerah Kuala Pilah telah menganjurkan Program Malam Mahabbah Rasulullah S.A.W sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Daerul Khusu Ke-70 di Padang Awam Seri Menanti, Kuala Pilah.

Objektif program ini diadakan ialah bagi menyambut Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang ke 70 Tahun dengan pengisian program keagaaman yang bertemakan hiburan serta mahabbah Rasulullah s.a.w

Sebagai halwa telinga para pengunjung program tersebut, pihak penganjur telah menjemput Kumpulan Nasyid UNIC dan artis viral popular tanah air Najwa Latif bagi membuat persembahan dengan tema lagu ketuhanan serta kecintaan kepada Rasulullah s.a.w

Pada malam tersebut, turut diadakan forum perdana ehwal islam yang telah disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid Penceramah terkenal daripada KUISCELL. Hampir 5 000 orang pengunjung telah memenuhi khemah utama serta sekeliling padang awam seri menanti pada malam tersebut.

Program tersebut turut di hadiri oleh kerabat diraja Seri Menanti, Yang Mulia Tengku Kecil Muda Tengku Dato’ Seri Hasmuddin Tengku Othman serta Tuan Yang Terutama Yang Berhormat Dato’ Seri Hasan Bin Malek, Duta Besar Malaysia Ke Kemboja Merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah

SUMBER : Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah

Disediakan Oleh:

Unit Dakwah PAID Kuala Pilah