waktu solat
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 19/11/2018
  • Imsak 05:27
  • Subuh 05:37
  • Syuruk 06:58
  • Zohor 13:00
  • Asar 16:22
  • Maghrib 18:59
  • Isyak 20:11

Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kafa Upkk

Peringkat
 Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KAFA UPKK PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KUALA PILAH, 29 Jan 2018 – SAR Al-Ghazalli, Kuala Pilah telah diumumkan sebagai SAR terbaik dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ) bagi peringkat Daerah Kuala Pilah tahun 2017 dengan Gred Purata Sekolah (GPS 1.04 ) iaitu dengan mengambil kira daripada 13 calon keseluruhan yang mengambil UPKK, seramai 9 calon mendapat 8A manakala 4 calon mendapat 7A serta lulus 100% pelajar yang mengambil UPKK pada Tahun 2017.

Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Ustaz Hafizullah Bin Mansor, Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah (Pendidikan), Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah semasa Majlis Pengumuman Keputusan Kelas KAFA ( UPKK ) yang telah diadakan pada 29 Januari 2018 di SAR Al-Ghazalli, Kuala Pilah.

Penyampaian slip keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ) telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Raizalani Bin Mohd Rais, Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah. Turut serta menyampaiakn slip keputusan pada majlis tersebut, Ustaz Azril Bin Mat Som wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah.

Di Daerah Kuala Pilah, seramai 701 calon menduduki ( UPKK ) pada Tahun 2017 berbanding 699 calon pada Tahun 2016 dengan peningkatan pelajar mendapat 8A pada berbanding tahun 2016 ( 161 orang ) kepada ( 181 orang ) pada Tahun 2018 dengan peningkatan  Gred Purata Daerah   ( GPD ) pada tahun ini iaitu GPD 1.54 berbanding GPD 1.58 pada tahun 2016.

Pelajar lelaki terbaik keseluruhan bagi UPKK Daerah Kuala Pilah disandang oleh Nur Muhammad Azim Bin Mohd Sani dari Sek Keb Kuala Kepis ( 8A / 95.13% )manakala pelajar terbaik perempuan UPKK disandang oleh Zaifatul Huda Binti Moh Zaberi dari Sek Keb Sungai Dua ( 8A / 96.63% )

SUMBER : Unit KAFA, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah

Disediakan Oleh:

Unit Dakwah PAID Kuala Pilah