waktu solat
  • 18/12/2018
  • Imsak 05:37
  • Subuh 05:47
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:34
  • Maghrib 19:09
  • Isyak 20:24

 

Majlis Tilawah AlQuran Rembau

Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau
Majlis Tilawah AlQuran Rembau

 

REMBAU, 24 Jan 2018 - Undang Luak Rembau, Yang Teramat Mulia (YTM) Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip Haji Othman berkenan menyempurnakan perasmian penutup dan penyampaian hadiah di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Rembau 1439H/2018M.

Majlis anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Rembau dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini telah diadakan bertempat di Dewan Agora Daerah Rembau melibatkan peserta seramai 12 Qari dan 12 Qariah.

Tiga kategori dipertandingkan di antaranya kategori remaja (lelaki dan perempuan), kategori dewasa (lelaki dan perempuan) dan kategori veteran (lelaki dan perempuan).

Para pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,000, sijil penyertaan, piala iringan dan turut mendapat jemputan ke bengkel intensif untuk membantu Qari dan Qariah mengasah bakat dengan lebih menyerlah serta turut dibawa bertanding ke tilawah peringkat Negeri.

Selain itu, majlis diserikan lagi dengan bacaan alunan ayat suci Al-Quran oleh Qariah jemputan, Hajjah Normalina Alias.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kota, YB Dato' Seri Dr. Haji Awaludin Said; ADUN Kawasan Chembong, YB Dato' Haji Zaiful Bahri; Pegawai Daerah Rembau, Tuan Amino Agos Suyop dan Pegawai Agama Islam Daerah Rembau, Ustaz Fadhli Yutiman.

 

SUMBER : Wartawan JHEAINS