Waktu Solat
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 26/09/2018
  • Imsak 05:35
  • Subuh 05:45
  • Syuruk 07:01
  • Zohor 13:06
  • Asar 16:12
  • Maghrib 19:08
  • Isyak 20:17

Majlis Pengumuman UPKK 2017

Seremban Diumum Terbaik UPKK 2017 Peringkat Negeri Sembilan

PAROI, 29 Januari 2018 - Seremban diumumkan sebagai daerah terbaik dalam pencapaian Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2017 peringkat Negeri Sembilan.

Keputusan berikut diumumkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Dato' Haji Selamat Paigo di Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2017 Peringkat Negeri yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, hari ini.

Daerah Seremban diumum terbaik UPKK 2017 berikutan seramai 1,600 daripada 2,788 calon yang memperoleh 8A di Negeri Sembilan adalah daripada daerah ini.

Menurut Dato' Haji Selamat Paigo, daerah Seremban mencatatkan Gred Purata Daerah (GPD) 1.48 menjadikannya daerah terbaik UPKK bagi tahun 2017.

Di Negeri Sembilan, seramai 9,541 calon menduduki UPKK bagi tahun 2017 mencatatkan peningkatan dalam Gred Purata Negeri (GPN) dengan jumlah 1.52 berbanding GPN 1.56 pada tahun 2016.

Antara lain turut diumumkan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas) dan Sekolah Kebangsaan Peradong sebagai sekolah terbaik Negeri Sembilan bagi pencapaian UPKK 2017 apabila mendapat 100 peratus dalam semua mata pelajaran.

Manakala, Adik Muhammad Syabil Habri Neoh Mohd Shahril dari Sekolah Kebangsaan Taman Warisan Puteri diumumkan sebagai Pelajar Terbaik Lelaki Peringkat Negeri dan Adik Nur Intan Nazifa Mohd Eaddy dari Sekolah Kebangsaan Wawasan (Kompleks Wawasan) sebagai Pelajar Terbaik Perempuan Peringkat Negeri.

Jumlah keseluruhan calon UPKK tahun 2017 di seluruh negara yang mendapat keputusan cemerlang 8A adalah seramai 54,824 calon.

SUMBER : Wartawan JHEAINS