Waktu Solat
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 26/09/2018
  • Imsak 05:35
  • Subuh 05:45
  • Syuruk 07:01
  • Zohor 13:06
  • Asar 16:12
  • Maghrib 19:08
  • Isyak 20:17

Majlis Tilawah Al-Quran Jempol

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Jempol 1439H/2018M

JEMPOL, 24 Januari 2018 - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Jempol 1439H/2018M telah diadakan bertempat di Masjid Tuanku Muhriz, Jempol.

Majlis Perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Serting, Dato’ Haji Shamshulkahar Haji Mohd Deli.

Seramai 24 peserta daripada 37 qari dan qariah yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mara ke peringkat akhir.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah kategori remaja (lelaki dan perempuan), dewasa (lelaki dan perempuan) serta veteran (lelaki dan perempuan).

Majlis turut diserikan dengan alunan bacaan Al-Quran oleh Johan Qari Kategori Dewasa, Lelaki, Saudara Zainul Irsyadi Zainal dan Johan Qariah Kategori Remaja Perempuan, Saudari Azimah Lot,

Turut hadir, Penghulu Luak Jempol, Yang Mulia Dato' Lela Putra Setiawan Tuan Haji Abd Hafit Anuar Abu Bakar; Pegawai Daerah Jempol, Dato' Haji Zazali Salehudin dan Pegawai Agama Islam Daerah Jempol, Sahibul Fadhilah Tuan Muzahar Mat Dali.

SUMBER : Wartawan JHEAINS