Waktu Solat
• Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
• 24/05/2018
• Imsak 05:30
• Subuh 05:40
• Syuruk 07:02
• Zohor 13:11
• Asar 16:35
• Maghrib 19:18
• Isyak 20:31

MAJLIS PENYERAHAN PERMIT KEPADA

PENGENDALI KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM NEGERI SEMBILAN

ANJURAN

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

MAJLIS PENYERAHAN PERMIT
MAJLIS PENYERAHAN PERMIT
MAJLIS PENYERAHAN PERMIT
MAJLIS PENYERAHAN PERMIT
MAJLIS PENYERAHAN PERMIT
MAJLIS PENYERAHAN PERMIT

Seremban, 26 Januari 2018 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-undang Keluarga Islam telah mengadakan majlis penyerahan permit kepada pengendali kursus praperkahwinan Islam Negeri Sembilan bagi tahun 2018 pada 26 Januari 2018.  Majlis ini merupakan acara tahunan dan sekaligus merupakan pertemuan antara Pengarah dan syarikat pengendali kursus praperkahwinan Islam di Negeri Sembilan.

Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Sembilan dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat-syarikat yang dilantik oleh JHEAINS yang memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.  Pengendalian Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Sembilan oleh syarikat adalah di premis sahaja.

Pada tahun 2018 sebanyak 12 syarikat pengendali Kursus Praperkahwinan Islam yang beroperasi di Negeri Sembilan.  Syarikat tersebut adalah seperti berikut :

1. Syarikat Darul Dedikasi Management – Senawang
2. Syarikat Usrati Niaga – Sikamat
3. Syarikat Purnama Synergy Enterprise – Bahau
4. Syarikat Tazwij Enterprise – Paroi
5. Syarikat Pedoman Enterprise – Tampin
6. Syarikat PYS Management Services – Nilai
7. Syarikat D Assaffa Resources – Seremban 2
8. Syarikat Kursus Kahwin Versatil – Port Dickson
9. Syarikat Eiza Niaga - Gemas
10. Syarikat Madu Barokah - Rembau
11. Syarikat Mindacerah Arrazi - Jempol
12. Syarikat Emi Najwa - Gemencheh

Secara keseluruhannya, perlaksanaan kursus praperkahwinan Islam di Negeri Sembilan telah dilaksanakan dengan baik.  Jumlah kursus yang telah dilaksanakan pada tahun 2017 adalah sebanyak 227 siri dan telah melibatkan seramai 13407 orang bakal pengantin.

YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Pengarah JHEAINS dalam ucapannya menyeru agar pengendali syarikat turut sama menyampaikan maklumat dan dakwah kepada seluruh masyarakat Islam di Negeri Sembilan khususnya untuk mencapai Pelan Tindakan Keluarga Sakinah Negara.  Ini sekaligus menjadikan syarikat pengendali sebahagian dari Jabatan ini dalam usaha mewujudkan institusi keluarga yang bahagia ke arah melahirkan  masyarakat penyayang dan bersatu padu.  Kursus praperkahwinan ini juga merupakan salah satu usaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di Negeri Sembilan selaras dengan usaha kerajaan untuk menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan khususnya bagi kes penceraian.

JHEAINS juga berharap agar semua syarikat pengendali kursus praperkahwinan Islam dapat membawa wadah dan inspirasi Jabatan dan hasrat Kerajaan Negeri untuk merakyatkan perkhidmatan dan meningkatkan martabat umat Islam di negara ini.

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-undang Keluarga Islam

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan