Waktu Solat
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 26/09/2018
  • Imsak 05:35
  • Subuh 05:45
  • Syuruk 07:01
  • Zohor 13:06
  • Asar 16:12
  • Maghrib 19:08
  • Isyak 20:17

 

PROGRAM FIQH WANITA ANJURAN

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM JHEAINS

 

PROGRAM FIQH WANITA
PROGRAM FIQH WANITA
PROGRAM FIQH WANITA
PROGRAM FIQH WANITA
PROGRAM FIQH WANITA

Seremban, 21 Februari 2018 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-undang Keluarga Islam telah menganjurkan Program Fiqh wanita siri 1 pada 21 Februari 2018.  Program ini merupakan program Bahagian Undang-undang Keluarga Islam. Ia dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK) yang dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah yang telah dilantik.

.

Program ini telah berjaya mencapai objektif berikut :

  • Memberi pendedahan kepada wanita berkaitan pengurusan darah wanita mengikut syariat Islam.
  • Memberi ilmu dan maklumat terhadap wanita berkaitan Ilmu fiqh agar dapat di aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
  • Menyuntik semangat dan motivasi kepada wanita dalam menjalani ibadah seharian dengan lebih yakin dengan ilmu yang diperolehi

Butiran program

 

Program ini akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Diadakan sebanyak 4 siri pada tarikh berikut :

                        Siri 2 : 28 Mac 2018 (Rabu)   : Wanita Dan Darah

                        Siri 3 : 25 April 2018 (Rabu) : Wanita Sebagai Isteri Dan Ibu

                        Siri 4 :  27 Jun 2018 (Rabu)    : Wanita Bahagia Dunia Akhirat

                                        

Program yang diadakan khusus membicarakan berkaitan aspek permasalahan wanita.  Ia merupakan salah satu daripada pelan strategik JHEAINS bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan ke arah melahirkan ummah yang sejahtera.  Program ini juga merupakan usaha Bahagian Undang-undang Keluarga Islam ke arah memantapkan usaha di bawah teras strategik 3, strategi 2 ke arah menyediakan Manual Usrah Keluarga.

Rata-rata peserta berpuas hati dengan program ini dan berharap agar dapat diteruskan dimasa akan datang.  JHEAINS juga berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan akan sentiasa berusaha menyampaikan informasi yang bertepatan dengan kehendak dan keperluan masyarakat.

 

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-undang Keluarga Islam

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan