Waktu Solat
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 24/05/2018
  • Imsak 05:30
  • Subuh 05:40
  • Syuruk 07:02
  • Zohor 13:11
  • Asar 16:35
  • Maghrib 19:18
  • Isyak 20:31

PROGRAM FIQH LELAKI ”KEPIMPINAN DAN KESIHATAN” SIRI 1

ANJURAN

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM JHEAINS

Program Fiqh Lelaki ”Kepimpinan Dan Kesihatan” Siri 1

Seremban, 27 Februari 2018 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Undang-undang Keluarga Islam telah menganjurkan Program Fiqh Lelaki “Kepimpinan dan Kesihatan” Siri 1 pada 27 Februari 2018 ( Selasa ) bertempat di Dewan Kuliah Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat. Program ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Seramai 43 orang peserta lelaki yang terdiri daripada kakitangan awam dan orang ramai di sekitar kawasan Sikamat telah hadir mengikuti program tersebut. Program ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah interaktif dan sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Tuan Rohaizad bin Redzuan , Pendakwa Syarie Kanan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan. Topik ceramah siri 1 ini ialah Tanggungjawab Nafkah Menurut Syarak dan Perundangan Syariah.

.

Program ini telah berjaya mencapai objektif berikut :

1          Memberikan kefahaman yang jelas kepada lelaki/ suami berkaitan isu-isu nafkah menurut syarak dan perundangan syariah.

2          Memberi penerangan dan maklumat semasa terhadap kaum lelaki berkaitan ilmu fiqh munakahat agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

3          Menggalakkan perbincangan aktif kalangan lelaki / suami dalam usaha meningkatkan keharmonian rumahtangga.

Program ini diadakan secara tertutup dan khusus kepada peserta lelaki sahaja. Ia merupakan salah satu daripada pelan strategik JHEAINS bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan ke arah melahirkan ummah yang sejahtera.

Berikut disertakan juga butiran program bagi siri-siri yang seterusnya:

Siri 2 ; 27 Mac 2018 ( Selasa )

Tempat          : Dewan Kuliah Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof,   Sikamat.

Masa              : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tajuk              : Nusyuz dan Syiqaq Suami Isteri Dalam Rumahtangga

                        Oleh  : Tuan Rohaizad bin Redzuan

                                    Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri  Sembilan 

Siri 3 ; 24 April 2018 ( Selasa )

Tempat          : Dewan Kuliah Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof,   Sikamat.

Masa              : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tajuk              : Pengurusan Kesihatan Lelaki

                         Oleh  : Dr. Abdul Rahman bin Dashuki  

                                     Klinik Kesihatan Linggi ( KKM )

Siri 4 ; 26 Jun 2018 ( Selasa )

Tempat          : Dewan Kuliah Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof,   Sikamat.

Masa              : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tajuk              : Pengurusan Kesihatan Lelaki

                         Dr. Abdul Rahman bin Ramdzan

                         Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia ( HUKM )

Penyertaan bagi program ini masih dibuka untuk siri yang seterusnya dan pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui : http://bit.do/fiqh_lelaki. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Farid bin Mohd Saad  06-7626862 / 0176564962 / En. Nirwan 06-7672448

Peserta berpuas hati dengan program ini dan berharap agar dapat diteruskan bagi siri-siri yang berikutnya.  JHEAINS juga berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan akan sentiasa berusaha menyampaikan informasi yang bertepatan dengan kehendak dan keperluan masyarakat.

Disediakan oleh :

Bahagian Undang-undang Keluarga Islam

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan