Waktu Solat
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 26/09/2018
  • Imsak 05:35
  • Subuh 05:45
  • Syuruk 07:01
  • Zohor 13:06
  • Asar 16:12
  • Maghrib 19:08
  • Isyak 20:17

PEPERIKSAAN KELAYAKAN STAM BERMULA HARI INI

 

Peperiksaan Kelayakan Stam, 6 Mac 2018
Peperiksaan Kelayakan Stam, 6 Mac 2018
Peperiksaan Kelayakan Stam, 6 Mac 2018
Peperiksaan Kelayakan Stam, 6 Mac 2018
 
 

MAAHAD AHMADI GEMENCHEH, 6 Mac 2018 – Hari ini bermula peperiksaan kelayakan kemasukan STAM bagi 110 pelajar yang menyertai Program Tamhidi Maahad Ahmadi. Program ini diadakan untuk memilih calon  peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2018. Peperiksaan ujian kelayakan ini meliputi 10 mata pelajaran yang diajar dalam program tersebut. Program Tamhidi bermula awal Januari dan berakhir sejurus selesai menduduki peperiksaan kelayakan ini.

Peperiksaan bermula pada 6 Mac dan berakhir pada 13 Mac. Ia dijalankan selama 5 hari iaitu Selasa (6 Mac), Rabu (7 Mac), Khamis (8 Mac), Isnin (12 Mac) dan Selasa (13 Mac).

"Saya gementar untuk menduduki peperiksaan kelayakan ini namun sudah cukup bersedia untuk menghadapinya." Ujar Saudara Imran Saiful Aizar yang ditemui di Maahad Ahmadi (STAM).

Didoakan agar semua calon menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang baik seterusnya melayakkan menjadi calon STAM 2018 Maahad Ahmadi.

 

Disediakan Oleh:

Maahad Ahmadi Gemencheh