Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H

Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H
Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H

 

Johol, 05 April 2018 - Yang Teramat Mulia (YTM) Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Dato' Muhammed Abdullah, Undang Luak Johol beserta isteri Yang Amat Mulia Tok Puan Faridah Hanom Jaafar berkenan hadir ke Karnival Mahabbah Rasul 2018M/1439H bertemakan Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Nuri malam tadi.

Program anjuran Pejabat Agama Islam Wilayah Johol dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Yayasan Bank Rakyat Malaysia dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Nuri, Johol ini dihadiri kira-kira 400 orang dari penduduk sekitar Johol, Kuala Pilah dan Tampin.

Antara lain objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan memperingati sirah Nabi Muhammad SAW seterusnya melahirkan generasi yang menjulang martabat Rasullulah sebagai teladan dan ikutan sepanjang zaman.

Selain itu dengan adanya program seperti ini dapat memupuk ukhwah antara pemerintah, pemimpin dan masyarakat setempat.

Seawal pagi telah diadakan perarakan Maulidur Rasul beramai-ramai, pelancaran tabung Nuri oleh Bank Rakyat Tampin, pameran Agensi kerajaan dan swasta serta pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

Program diteruskan pada sebelah malam dengan diadakan Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Don Danial Don Biyajid, bacaan ayat suci Al-Quran oleh Qari jemputan, Saudara Muhammad Hafizudin Zikri Zuraimi dan penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang UPKK 2017.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bank Rakyat Malaysia, Tuan Haji Saiful Yazan Sulaiman dan Dipertua PIBG SK Nuri, Ustaz Radzi Abu Hassan.

 

SUMBER : Wartawan JHEAINS