MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERKAPITA DAN DERMASISWA MAINS KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 2018

Majlis Penyampaian Bantuan Perkapita dan Dermasiswa MAINS Tahun 2018

Seremban, 05 November 2018 - Bantuan Perkapita/Dermasiswa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merupakan sumbangan tahunan untuk Institusi Pendidikan Islam yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah dilaksanakan dengan jayanya pada  05 November 2018 (Isnin) bersamaan 27 Safar 1440H, di  Klana Resort, Seremban mulai 2 petang hingga 5 petang.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dr. Razali bin Ab. Malik mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang dihadiri oleh seramai 310 orang jemputan.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Y. Bhg. Dato’ Hj. Mohamed Bin Husein, Yang Berhormat Dato’ Hj. Mohd. Yusof bin Hj. Ahmad – Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan ketua-ketua jabatan serta wakil. 

Penerima bantuan Perkapita MAINS berjumlah RM 1,681,620.00 adalah terdiri daripada 12 kategori iaitu Sekolah Menengah Agama Negeri  (SMAN), Kolej Tinggi Swasta (KTS), Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS) / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / Maahad Tahfiz Sekolah Rendah / Maahad Tahfiz Sekolah Menengah / Maahad Tahfiz Sekolah Rendah & Menengah, Sekolah Rendah Agama Swasta (SRAS), Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS), Pondok / Madrasah (PM), Tadika Islam Swasta (TAIS), Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Manakala bantuan Dermasiswa MAINS berjumlah RM 894,860.00 adalah untuk 3 kategori Institusi Pendidikan Islam iaitu Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN, KTS), Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS, SMAN) dan 16 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Disediakan Oleh :

Bahagian Pendidikan