BENGKEL SEMAKAN TEKS KHUTBAH  JHEAINS SIRI 1/2018

<strong>BENGKEL SEMAKAN TEKS KHUTBAH  JHEAINS SIRI 1/2018</strong>
<strong>BENGKEL SEMAKAN TEKS KHUTBAH  JHEAINS SIRI 1/2018</strong>
<strong>BENGKEL SEMAKAN TEKS KHUTBAH  JHEAINS SIRI 1/2018</strong>
BENGKEL SEMAKAN TEKS KHUTBAH  JHEAINS SIRI 1/2018

 

SEREMBAN, 5 Februari 2018 – Pada 5 hingga 8 Februari 2018, bengkel Semakan Teks Khutbah JHEAINS Siri 1 2018 telah diadakan di Sutera Hotel Seremban 2. Seramai 20 orang peserta terlibat di dalam menjayakan bengkel ini. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Y.B S.S Dato’ Hj. Mohd Yusof Bin Hj. Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk menyemak dan memurnikan teks khutbah yang telah ditulis oleh panel penulis yang terdiri daripada Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Eksekutif Masjid Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Bengkel ini telah berjalan dengan jayanya dan hasil daripada bengkel ini, teks-teks khutbah telah dapat disemak serta diedarkan kepada semua masjid-masjid di Negeri Sembilan selain itu ia telah dimuat turun di dalam aplikasi ekhutbah JHEAINS dan dapat diakses melalui portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan